04DKA13F1090
LUQMAN RABANI BIN MOHD ROSLI
04DKA13F1200
amallraihan.blogspot.com/2011/10/peralatan-dalam-ukur-aras.html
PERALATAN DALAM UKUR ARAS
Alat Aras Dompot (Dumpey Level)
Alat
ukur aras jurutera sesuai untuk kerja-kerja kejuruteraan dan pengukuran
kerana ketepatan pengukurannya memenuhi keperluan jurutera dan ia mudah
digunakan. Bahagian utama alat ini ialah teleskop yang mempunyai set
kanta objek dan set kanta mata yang akan membesarkan objek yang dilihat
Alat
aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianya
terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop
ini ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh
berputar pada satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat
menggunakan alat aras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :-
i) Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan
ii) Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak plat
Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras. Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala
bagi alat aras automatik, permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk
melengkung bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan.
Rajah 4 Kakitiga Alat Aras
3.3 Setaf
Staf aras ialah alat untuk mengukur jarak menegak di atas atau di bawah garis kolimatan. Setaf
yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan
dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang
bersambung-sambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial.
3.4 Gelembung Setaf (Staf Buble)
Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul-betul tegak. Selalunya dilekapkan pada sisi setaf. Gelembung udara pada gelembung setaf dapat membantu kepugakan setaf.
Rajah 6 Gelembung setaf
3.5 Pita Ukur
Pita ukur digunakan untuk mengukur jarak dari alat aras ke setaf. Jarak
antara pandangan belakang dan pandangan hadapan sebaik-baiknya lebih
kurang sama untuk mengelakkan selisih kolimatan alat. Perkakasan ukur biasa yang mempunyai tanda ukuran memanjang dengan unit metrik.
Ia boleh dilentur membolehkan pengukur jarak yang besar dibawa dengan
mudah dalam poket atau kotak perkakasan dan membenarkan ukuran diambil
pada selekoh dan sudut.
Rajah 7 Pita ukur
3.6 Buku Kerja Luar / Borang Pembukuan Ukur Aras
Buku kerja luar digunakan untuk merekod bacaan dan membuat kiraan aras laras. Pembukuan dan kiraan boleh dibuat dengan dua kaedah, iaitu kaedah naik turun atau tinggi garis kolimatan (TGK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan