SAFIUDDIN BIN SIDIK
04DKA13F1090
LUQMAN RABANI BIN MOHD ROSLI
04DKA13F1200
Apa itu kejuruteraan Awam?
04DKA13F1090
LUQMAN RABANI BIN MOHD ROSLI
04DKA13F1200
Apa itu kejuruteraan Awam?
Kejuruteraan Awam ialah satu disiplin profesional kejuruteraan yang
melibatkan kerja rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan persekitaran
yang terbina secara semulajadi. Kerja-kerja yang terlibat adalah seperti
jambatan, jalan raya, terusan, empangan, dan bangunan. Kejuruteraan
awam adalah disiplin kejuruteraan yang paling lama selepas kejuruteraan
ketenteraan.
Di bawah kejuruteraan awam terdapat pecahan disiplin antaranya termasuklah:
- Kejuruteraan Persekitaran
- Kejuruteraan Geoteknik
- Kejuruteraan Struktur
- Kejuruteraan Lebuh Raya
- Kejuruteraan Sumber Air
- Kejuruteraan Pantai
- Ukur Tanah
- Kejuruteraan Pengangkutan
- Kejuruteraan Pembinaan
Kejuruteraan awam juga merangkumi semua peringkat; dalam sektor awam
dari pihak berkuasa tempatan sehinggalah kerajaan persekutuan.
Dari segi profesion, individu yang mempunyai kelulusan dalam
kejuruteraan awam bolehlah dipanggil Jurutera Awam. Kelulusan yang
dimaksudkan termasuklah dari peringkat:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah (Master)
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Selain itu, jurutera awam dinaungi oleh sebuah badan profesional yang
dipanggil Lembaga Jurutera (Board of Engineers) dan Instituisi Jurutera.
Di Malaysia badan ini dipanggil Lembaga Jurutera Malaysia (Board of
Engineers Malaysia,BEM) dan Instituisi Jurutera Malaysia (Instituition
of Engineers,IEM).
Sering kali anda mendengar sesetengah jurutera mengejar gelaran Ir. di
hadapan nama mereka. Gelaran ini bukanlah seperti gelaran Datuk atau Tan
Sri yang dikurniakan oleh Sultan dan Yang Dipertuan Agong oleh kerana
jasa dan sumbangan mereka. Akan tetapi, gelaran ini diperoleh setelah
mereka menjalani beberapa ujian dan temuduga yang dijalankan oleh BEM
dan IEM. Setelah lulus ujian dan temuduga tersebut, mereka layak diberi
gelaran Ir. Contohnya Ir. Hasan.
Entri selepas ini akan menjelaskan lebih lanjut tentang kerjaya sebagai JURUTERA AWAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan