Isnin, 15 Julai 2013

DEFINISI KEJURUTERAAN AWAM

SAFIUDDIN BIN SIDIK
04DKA13F1090

LUQMAN RABANI BIN MOHD ROSLI
04DKA13F1200

Denifisi Kejuruteraan Awam


Kejuruteraan awam
merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Kejuruteraan Awam mempunyai ruang lingkup yang luas, merangkumi aplikasi matematik, fizik, kimia, biologi, geologi, hingga ke penggunaan ICT. Kejuruteraan Awam berkembang sejajar dengan permintaan manusia, sehingga boleh dikatakan bidang ini mampu merubah sebuah hutan menjelma kepada kota metropolitan. Berikut antara bidang-bidang dalam Kejuruteraan Awam :-
  • Kejuruteraan Umum
  • Kejuruteraan Struktur
  • Kejuruteraan Kebakaran
  • Kejuruteraan Geoteknik
  • Kejuruteraan Pengangkutan
  • Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Kejuruteraan Hidraulik
  • Kejuruteraan Sumber Air
  • Kejuruteraan Pembinaan
  • Kejuruteraan Sains Bahan
  • Kejuruteraan Ukur tanah